Alhamdulillah, we are still given the chance to keep alerting our consumer our there..
about our rights as a consumer,
by writing this blog, just to help you guys a bit about it....
Ok, today we're going to write about the Role of Tribunal Pengguna *I don't know the proper English word for it.. HEHE ^_^*
Before we proceed to the point, let us first know what is Tribunal Pengguna.
I'll might use Malay and English language to do the explanation cause it is a bit easier for me.
Let us start!
Background of Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999
- Bahagian XII Akta mengandungi 37 seksyen berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna seperti keanggotaannya, bidang kuasa, prosiding, award-award yang dibuat dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

So, here's the main point for this post.
THE ROLE OF TUNTUTAN PENGGUNA.
- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.
- Sebelum penubuhan Tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan terpaksa dibawa ke mahkamah sivil yang mana melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan memakan masa panjang. Ini adalah antara beberapa sebab mengapa pengguna keberatan untuk membuat tuntutan mereka terhadap peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dan beretika di mahkamah sivil, terutama jika nilai tuntutan yang dituntut adalah kecil, walaupun sekarang telah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan tidak melebihi RM5,000.00.
- Memahami keadaan ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna menuntut gantirugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang MUDAH MURAH dan CEPAT.
Hope the info that we gave might be helpful to the consumer out there....
Who knows, one day you'll use it right?
Kita hanya boleh merancang,, tetapi Allah yang menentukan...
Have a good day...
Be a smart consumer :)
ASSALAMUALAIKUM
P/S : IF YOU NEED MORE INFO ABOUT TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA, YOU CAN VISIT THIS LINK BELOW
or this link
No comments:
Post a Comment