Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog ni.
Alhamdulillah, ada la juga yang menyinggah dan sekaligus membaca info-info yang dipaparkan di sini.
Pertama sekali, terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk membaca artikel2 di boleh ini.
Seperti yang boleh anda lihat dari tajuk blog ini, blog ini wujud untuk membantu pengguna-pengguna di luar sana,
mengetahui tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.
apakah tindakan yang boleh di ambil sekiranya berlakunya sesuatu musibah di atas barang yang dibeli,
dan juga kepada siapa boleh mereka rujuk perkara ini.
Alhamdulillah, kerana menyertai kelab pengguna di tempat saya belajar (PSA)
sedikit sebanyak, segala infomasi yang saya perolehi daripada pensyarah-pensyarah berkaitan,
segala nota-nota dan info tambahan yang pensyarah kami berikan,
boleh kami kongsikan kepada berjuta pengguna di luar sana.
Walaupun bukanlah besar bantuan yang boleh kami berikan,
tetapi sedikit sebanyak, membantu juga kan, daripada tiada langsung!
Kita sebagai pengguna, yang menggunakan kemudahan atau produk-produk yang berada di pasaran hampir setiap saat,
Perlu peka dengan hak kita sebagai pengguna.
Andai kata, barang yang kita beli rosak dan sebagainya,
Apakah tindakan yang boleh kita lakukan sebagai pengguna?
Kepada siapa boleh kira buat aduan sekiranya berlaku perkara-perkara tersebut?
Jadi renung-renungkanlah...
Jadilah pengguna yang bijak....
ASSALAMUALAIKUM :)
No comments:
Post a Comment